Chek dan Keris: October 2011

Saturday 8 October 2011

Keris Panjang











Salah satu alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan. Ia merupakan keris kerajaan dan merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan pada zaman dahulu..

Keris lama tetapi hulu dan sarungnya yang baru ...

Harga untuk keris ini RM4000

Thursday 6 October 2011

Senjata Badik

Badik adalah senjata pendek yang dianggap sebagai senjata kecil dan mempunyai azimat tertentu. Senjata ini wujud selepas zaman penjajahan orang Inggeris ke Tanah Melayu yang melarang orang Melayu membawa senjata keris kerana bimbang rahsia atau azimat yang ada pada keris boleh membangkitkan semangat orang -orang Melayu.
Badik biasanya diperbuat dari besi -besi yang terpilih dan dipercayai mempunyai semangat atau hikmat. Badik ditempa mengikut kaedah dan masa tertentu untuk menghasilkan badik yang istimewa.
            Badik juga dipercayai mempunyai "tuah" sebagaimana "tuah" pada keris. Pada zaman dahulu, kebanyakkan badik ini dipakai oleh perempuan untuk melindungi diri dan juga pakaian khusus untuk kaum wanita.

Rahsia Senjata Keris

Keris adalah sejenis senjata pendek Melayu untuk mempertahankan diri dan diguna oleh orang -orang Melayu. Ia juga menjadi warisan melayu yang berdaulat dan pakaian orang melayu zaman silam. Diutamakan kepada Raja -Raja Melayu, Pembesar Negeri, Bangsawan dan rakyat biasa.
             Keris biasanya mempunyai rahsia -rahsia yang istimewa kerana keunikkannya. Bagi orang Melayu zaman dahulu yang tidak berkeris dipinggangnya dianggap rendah martabatnya, kecuali para Ulama dan para Wali. Keris menjadi lambang kekuatan dan kemegahan kepada Orang Melayu pada zaman dahulu kerana ia diperbuat dari besi yang terpilih dan petua -petua yang tertentu.
             Sesiapa saja patut berbangga apabila dapat memiliki atau mewarisi sebilah keris kerana ia warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilainya seni adat dan budaya.

Sunday 2 October 2011

Keris Cherita






Diperbuat dari besi hitam
Keris Sampir Kelantan,
Sarung Kayu Lebe Plot,
Sampir diperbuat dari Kayu Kemuning

Harga RM2500