Chek dan Keris: Rahsia Senjata Keris

Thursday 6 October 2011

Rahsia Senjata Keris

Keris adalah sejenis senjata pendek Melayu untuk mempertahankan diri dan diguna oleh orang -orang Melayu. Ia juga menjadi warisan melayu yang berdaulat dan pakaian orang melayu zaman silam. Diutamakan kepada Raja -Raja Melayu, Pembesar Negeri, Bangsawan dan rakyat biasa.
             Keris biasanya mempunyai rahsia -rahsia yang istimewa kerana keunikkannya. Bagi orang Melayu zaman dahulu yang tidak berkeris dipinggangnya dianggap rendah martabatnya, kecuali para Ulama dan para Wali. Keris menjadi lambang kekuatan dan kemegahan kepada Orang Melayu pada zaman dahulu kerana ia diperbuat dari besi yang terpilih dan petua -petua yang tertentu.
             Sesiapa saja patut berbangga apabila dapat memiliki atau mewarisi sebilah keris kerana ia warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilainya seni adat dan budaya.

No comments:

Post a Comment