Chek dan Keris: Senjata Badik

Thursday 6 October 2011

Senjata Badik

Badik adalah senjata pendek yang dianggap sebagai senjata kecil dan mempunyai azimat tertentu. Senjata ini wujud selepas zaman penjajahan orang Inggeris ke Tanah Melayu yang melarang orang Melayu membawa senjata keris kerana bimbang rahsia atau azimat yang ada pada keris boleh membangkitkan semangat orang -orang Melayu.
Badik biasanya diperbuat dari besi -besi yang terpilih dan dipercayai mempunyai semangat atau hikmat. Badik ditempa mengikut kaedah dan masa tertentu untuk menghasilkan badik yang istimewa.
            Badik juga dipercayai mempunyai "tuah" sebagaimana "tuah" pada keris. Pada zaman dahulu, kebanyakkan badik ini dipakai oleh perempuan untuk melindungi diri dan juga pakaian khusus untuk kaum wanita.

No comments:

Post a Comment